X

Kindly register in order to view this article
!

Polis sahkan tiada kejadian helikopter terhempas

Pemerhatian di lokasi yang dijalankan polis dan JBPM Perak.
A
A

KAMPAR - Polis mengesahkan tiada kejadian helikopter terhempas di kawasan Kampung Ulu Jelintoh, Gopeng seperti yang dilaporkan penduduk orang asli di situ.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, semakan bersama Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mendapati tiada kejadian seumpama itu berlaku di lokasi terlibat.

"Pemerhatian di lokasi termasuk tinjauan Unit Udara PDRM juga tidak menemui kejadian itu," katanya.

Menurutnya, polis menerima maklumat kejadian daripada seorang lelaki orang asli kira-kira jam 10.50 pagi tadi.

"Kita melakukan tinjauan selepas maklumat berkenaan tetapi tidak menemui sebarang kejadian di lokasi itu," katanya.

Makluman kejadian helikopter terhempas yang dikongsi di WhatsApp.
Makluman kejadian helikopter terhempas yang dikongsi di WhatsApp.

Terdahulu tular di aplikasi WhatsApp mengenai kejadian helikopter terhempas di sebuah kawasan pergunungan berhampiran perkampungan orang asli Kampung Ulu Jelintoh, Gopeng.

Laporan dibuat penduduk selepas terlihat sebuah helikopter terbakar sebelum terhempas.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, pemantauan di kawasan itu tidak menunjukkan berlaku kejadian seperti yang didakwa.

"Pihak bomba akan terus membuat penilaian sehingga berita dapat disahihkan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!