Sultan Nazrin berjiwa rakyat

Ahmad Faizal (tengah) bergambar dengan salah seorang pelajar yang menerima sumbangan beg sekolah pada majlis berkenaan.
Ahmad Faizal (tengah) bergambar dengan salah seorang pelajar yang menerima sumbangan beg sekolah pada majlis berkenaan.
A
A
A

IPOH - Orang ramai diingatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh merosakkan imej institusi beraja di negara ini sebaliknya bersama-sama menghormati dan mempertahankannya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, hak memilih Yang di-Pertuan Agong adalah di bawah kuasa Majlis Raja-Raja Melayu dan sesiapa sahaja perlu menghormati ketetapan dibuat sekian lama setiap lima tahun di kalangan sembilan raja Melayu.

"Kita letak ‘full stop’ dekat situ, tak payahlah ada orang nak sebut tentang perkara lain, saya harap institusi raja perlu dipertahankan, dijaga baik dan janganlah kita mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh merosakkan imej institusi beraja tersebut.

"Saya nampak Tuanku Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah seorang raja yang amat berjiwa rakyat, menitikberatkan kepentingan rakyat dan sentiasa memberi nasihat kepada kerajaan yang baik-baik," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Akademi Penerbangan Layang-Layang, di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.

Tambahnya, pihaknya bersama exco kerajaan negeri bekerjasama cukup baik dengan Sultan Nazrin dan perkara itu akan dikekalkan.

"Kami ada jalinan kerja yang cukup-cukup baik dengan Tuanku Sultan Perak dan kita nak kekalkan perkara itu berterusan," katanya."

Ahmad Faizal berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan sebuah portal berita yang mempertikaikan kredibiliti Sultan Nazrin dalam isu pelantikan Yang di-Pertuan Agong selepas Sultan Muhammad V mengumumkan meletak jawatan berkuatkuasa semalam.

Artikel Berkaitan: