Perodua Aruz SUV sedia Terima tempahan

A
A
A

KENDERAAN Sport Utiliti (SUV) tiga-barisan tujuh-tempat duduk, Perodua Aruz, kini dibuka untuk tempahan dengan anggaran harga antara RM72,200 dan RM77,200 harga atas jalan tidak termasuk insurans.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata Perodua Aruz adalah model transformasi keempat Perodua yang menetapkan piawaian baharu dari sudut kualiti, ruang, kecekapan bahan api dan keselamatan yang mana ianya telah diperakui dengan penarafan keselamatan 5-bintang oleh Asean NCAP.

“Dengan pelbagai aspek yang dipertingkatkan, Perodua Aruz adalah antara SUV yang menawarkan nilai terbaik di Malaysia.

“Perodua Aruz dijangka melengkapkan barisan produk kami yang sedia ada dan berdasarkan pakej produk yang ditawarkan, kami mensasarkan jualan purata bulanan sebanyak 2,500 unit atau 31,200 unit untuk tahun 2019,” katanya.

Perodua Aruz ditawarkan dengan dua varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance, dengan lima warna antaranya Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green.

Aruz juga dilengkapi dengan pakej waranti lima tahun atau 150,000 km per batu (yang mana terdahulu).

Artikel Berkaitan: