X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat Nur Dhiya Aqeela ditemui terapung

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk proses bedah siasat.
A
A

KUANTAN - Mayat seorang kanak-kanak yang dilaporkan lemas selepas terjatuh dalam Sungai Pulau Kucing, Penjom, Kuala Lipis ditemui terapung kira-kira jam 8 pagi tadi.

Mayat Nur Dhiya Aqeela Mohd Khairul Adlie, 6, ditemui terapung oleh pasukan pencarian kira-kira empat kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, operasi pencarian yang memasuki hari keempat hari ini diteruskan jam 8 pagi tadi dengan disertai 47 anggota melibatkan anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 8.30 pagi tadi selepas mangsa berjaya ditemui," katanya.

Azli berkata, Nor Dhiya Aqeela dilaporkan terjatuh dan hilang selepas dihanyutkan arus kira-kira jam 10.15 pagi pada 2 Disember lalu ketika turun ke tebing sungai untuk mencuci tangan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk proses bedah siasat.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, kanak-kanak itu ke sungai berkenaan bersama lapan rakan berusia antara 6 hingga 16 tahun.

"Mangsa dipercayai terjatuh ketika mencuci tangan dan cuba diselamatkan dua rakannya namun ketiga-tiga mereka dihanyutkan arus.

"Kejadian itu disedari seorang penduduk kampung selepas terdengar jeritan kanak-kanak yang meminta tolong.

"Dua kanak-kanak berjaya diselamatkan namun mangsa hilang dihanyutkan arus deras," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak 6 tahun dikhuatiri lemas


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus