Daihatsu perluas Pusat 3S di Ipoh


Makoto Ogawa (dua, kanan) bersama pasukan pengurusan HMSM.
Makoto Ogawa (dua, kanan) bersama pasukan pengurusan HMSM.
A
A
A

DAIHATSU (Malaysia) Sdn Bhd (DMSB) berpindah dan meluaskan Pusat 3Snya di Ipoh, Perak, yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti bagi menyokong pertumbuhannya yang pesat.

Pusat sebelum ini yang beroperasi pada Ogos lalu iaitu peniaga sah Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM), menyaksikan angka pelanggannya meningkat dua kali ganda bulan ke bulan menerusi pelaksanaan budaya Inisiatif penambahbaikan berterusan atau kaizen.

Pengarah Eksekutifnya, Makoto Ogawa, berkata premis baharu dengan keluasan 84,942 kaki persegi itu (7,891.4 meter persegi), masing-masing dilengkapi 11 petak dan tiga petak angkat, akan menjadi pemangkin dalam meningkatkan perniagaan dan memudahkan pertumbuhan pesat.

“Antara pertimbangan utama premis baharu ini ialah ia dapat mengetengahkan jenama hino kepada pelanggan. Ini penting dalam memastikan imej kami mencerminkan kedudukan kami, kerana inilah cara untuk jenama kekal relevan,” katanya dalam satu kenyataan.

DMSB memberi perkhidmatan servis untuk trak Hino sejak 2010, menerusi lapan premis dan enam pusat servis sah di seluruh negara.

Artikel Berkaitan: