Pemandu hilang selepas keretanya dilanggar

Salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Jasin-Bemban, semalam.
Salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Jasin-Bemban, semalam.
A
A
A

JASIN - Polis meminta pemilik kenderaan dan saksi kemalangan di Jalan Jasin-Bemban di sini semalam supaya tampil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengahari itu, pemandunya terus beredar dari tempat kejadian selepas bahagian kenderaannya dilanggar oleh sebuah kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan, Arshad Abu berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh pemandu kenderaan terlibat.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kereta terbabit yang datang dari arah Jasin menuju ke Bemban telah dilanggar sebuah kereta lain yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun beralamat di Ledang, Tangkak.

Bagaimanapun katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kejadian dipercayai berpunca apabila kereta dipandu wanita itu tidak dapat mengelak lalu melanggar bahagian kenderaan berkenaan yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftarannya di hadapan.

"Kereta berkenaan telah membrek di kawasan dua garisan berkembar pembahagi jalan dan selepas dilanggar kereta tersebut beredar dari tempat kejadian dan tidak membuat laporan polis sehingga sekarang," katanya.

Arshad berkata, pemandu wanita terbabit tidak mengalami kecederaan dan hanya kenderaannya mengalami kerosakan.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berhubung kemalangan tersebut diharap dapat menghubungi balai polis berhampiran.