Anugerah Nasyid yang bermakna

Juara Anugerah Nasyid IKIM 2019 (AN19), Caliph Buskers. - Foto Youtube IKIM
Juara Anugerah Nasyid IKIM 2019 (AN19), Caliph Buskers. - Foto Youtube IKIM
A
A
A

KEMUNCAK Anugerah Nasyid IKIM 2019 (AN19) anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berakhir dengan pelbagai perasaan oleh sesiapa yang menyaksikannya pada Sabtu lalu.

Penganjuran itu ialah penganjuran kelima selepas kali pertama diadakan pada 2004, seterusnya pada 2005, 2014 dan kemudian 2017 sebelum diputuskan dijadikan acara dwi tahunan.

Jika kita imbas kembali, acara yang sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Juara Naysid IKIM (AJNI) diadakan di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 2004.

Selepas setahun, ia diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam sebelum membuat kemuncu-lan semula sembilan tahun kemudian dengan persiapan rapi di Dewan Plenari PICC, Putrajaya.

Anugerah Nasyid 2017 (AN17) dilihat sebagai penganjuran paling gah apabila bersiaran langsung di Dewan MBSA, Shah Alam melalui siaran TV Alhijrah. AN19 pula yang berlangsung di Auditorium IKIM, Kuala Lumpur menyaksikan seramai 12 peserta layak ke pentas final, antaranya artis solo Khai Bahar, Addep Nahar dan Ikhwan Fattana.

Semua finalis menyanyikan lagu hasil undian daripada pemilihan sebanyak 30 lagu sepanjang 2018 hingga 2019 oleh pendengar melalui slot Carta Nasyid IKIM yang dikendalikan DeeJay Irwan Johari yang ke udara setiap Sabtu pada jam 10 pagi.

Kalau kita lihat penganjuran Sabtu lalu dengan tahun sebelumnya, ia memang jauh berbeza. Ketika disiar secara langsung di TV Alhijrah, dahulu ada orang kaya yang sponsor hadiah.

Dahulu juga ada venue lebih luas, yang bukan sahaja menyediakan pencahayaan baik, malah menghasilkan tatabunyi tidak tenggelam timbul.

Artikel Berkaitan:

Tiada niat untuk membahaskan kenapa terlalu banyak kekurangan pada penganjuran kali ini tetapi kita mahu melihat kepada kelebihan dan makna di sebalik penganjuran.

Sesungguhnya AN19 bukan sekadar mengiktiraf mursyid atau penggiat seni nasyid, malah peluang untuk kita melihat sebuah penganjuran berbentuk hiburan Islamik yang tidak keterlaluan dan melalaikan.

Tahniah kepada semua finalis, tahniah kepada yang memenangi kategori dipertandingkan, tahniah IKIM kerana menganjurkan, tahniah pendengar atas kesetiaan dan sokongan diberikan. Penganjuran anugerah kali ini benar-benar sederhana, namun sangat bermakna.