Puteri Umno desak tangkap individu hina bekas Agong

Datuk Zahida Zarik Khan
Datuk Zahida Zarik Khan
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan mendesak polis mengambil tindakan terhadap individu yang menghina Institusi Raja-raja termasuk bekas Yang di-Pertuan Agong.

Dalam catatan di Facebooknya, Zahida mendakwa kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan kegagalan Peguam Negara menangani isu-isu sensitif antara punca berlakunya penghinaan tersebut.

"Kami mendesak PDRM ambil tindakan tegas dengan menangkap dan mendakwa siapa sahaja yang bertindak biadab sedemikian," katanya.

Semalam, seorang pemilik akaun Facebook bernama Eric Liew menghina Sultan Muhammad berikutan keputusan bekas Agong meletakkan Jawatannya.

Bagaimanapun Eric hari ini dilapor memohon maaf terhadap tindakannya itu.

Artikel Berkaitan: