Muzium Kafe Unisel pamer artifak lombong bijih timah

Abdul Rashid (tiga dari kanan) melihat replika kapal korek pada Majlis Perasmian 'Food Vallet' Unisel dan Muzium Perlombongan Bijih Timah Batang Berjuntai di Unisel Bestari Jaya di sini.
Abdul Rashid (tiga dari kanan) melihat replika kapal korek pada Majlis Perasmian 'Food Vallet' Unisel dan Muzium Perlombongan Bijih Timah Batang Berjuntai di Unisel Bestari Jaya di sini.
A
A
A

BESTARI JAYA - Muzim Kafe Universiti Selangor (Unisel) mampu menjadi salah satu tempat makan yang mempunyai identiti kesenian artifak dan seni visualya tersendiri sekali gus mewujudkan persekitaran kampus lebih indah dan ceria.

Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, muzium kafe itu bakal menjadi tempat tumpuan jualan dan minuman.

Katanya, istimewanya muzium kafe itu turut menempatkan pameran penyimpanan artifak penduduk di Kampung Bestari Jaya yang suatu ketika dahulu sebagai kawasan perlombongan bijih timah terbesar di negara ini.

"Usaha ini juga sebagai memperingati dan memperkenalkan sejarah perlombongan di kawasan ini kepada generasi akan datang.

"Sekiranya tiada pameran seperti ini, mungkin kawasan ini dilupai dan artifak yang ada dalam simpanan pekerja dibuang begitu sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Majlis Perasmian 'Food Vallet' Unisel dan Muzium Perlombongan Bijih Timah Batang Berjuntai di Unisel Bestari Jaya di sini.

Abdul Rashid berkata, beliau berharap muzium kafe itu dapat membina perpaduan komuniti dengan melibatkan individu, kumpulan, perniagaan dan organisasi.

"Ini juga dapat mewujudkan perkongsian, Kolaboratif dan rangkaian baru selain mewujudkan program berkala dengan lebih proaktif," katanya.

Artikel Berkaitan: