Faizul dalam keadaan stabil

Faizul mengalami kecederaan ketika beraksi menentang Dumaan di Pusat Konvensyen dan Pameran Subic semalam. -Foto Bernama
Faizul mengalami kecederaan ketika beraksi menentang Dumaan di Pusat Konvensyen dan Pameran Subic semalam. -Foto Bernama
A
A
A

PESILAT elit negara, Muhammad Faizul Mohd Nasir yang mengalami kecederaan pada bagaian muka disahkan sudah beransur pulih setelah menjalani rawatan lanjut di Pusat Perubatan The Medical City, New Clark City sejak semalam.

Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, Faizul telah sedar daripada koma, namun tidak berupaya untuk berkomunikasi dengan pelawat yang mengunjungi kerana badannya masih lemah susulan rawatan yang diterima.

"Daripada apa yang dimaklumkan kepada saya, Faizul telah menjalani ct scan dan juga x-ray dan beliau telah sedar tetapi doktor terlibat sedang memantau perkembangan beliau dalam tempoh 72 jam ini.

"Lewat malam semalam (kelmarin), kesihatan beliau sudah bertambah baik dan kita berharap dapat menggunakan khidmat seorang pakar neuro untuk memantaunya," kata Megat Zulkarnain.

ARTIKEL BERKAITAN: Faizul tetap dijulang wira Malaysia

Megat Zulkarnain turut menjelaskan, pihaknya tidak akan membuat rayuan kepada sekretariat pertandingan berhubung keputusan wasit memberikan kemenangan 5-0 ke atas atlet Filipina, Dines Dumaan yang menewaskan Faizul dalam kelas Putera B (50-55 kilogram).

Faizul yang juga pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 dilaporkan koma setelah Dumaan menyepak ke arah mukanya pada aksi di Pusat Konvensyen dan Pameran Subic kelmarin.

Ekoran insiden itu, Faizul yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedar diri terus dikejarkan ke hospital berdekatan venue pertandingan sebelum dirujuk kepada doktor pakar di The Medical City.

Artikel Berkaitan: