Sindiket guna kepala surat, logo bank


PENJENAYAH memperdayakan individu yang terdesak mahu pinjam wang.
PENJENAYAH memperdayakan individu yang terdesak mahu pinjam wang.
A
A
A
Apakah itu CTOS?

CTOS adalah sistem maklumat utama yang digunakan secara meluas oleh majoriti sistem kewangan negara, syarikat perdagangan dan perniagaan, firma undang-undang dan institusi lain. Tidak seperti CCRIS yang berada di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), CTOS dimiliki dan diuruskan oleh syarikat Malaysia, telah berada dalam perniagaan selama 20 tahun, mengumpul maklumat mengenai individu dan syarikat-syarikat daripada pelbagai sumber yang terdapat dalam domain awam. Maklumat ini diformatkan ke dalam pangkalan data elektronik yang menyediakan proses untuk memeriksa dengan mudah, cepat dan berkesan untuk permohonan pinjaman, kredit perdagangan dan perniagaan dan untuk membuat keputusan oleh pemberi kredit dan pemberi pinjaman.

Apa itu CCRIS?

CCRIS atau Central Credit Reference Information System menyediakan laporan kredit dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Secara ringkas, CCRIS mengumpul maklumat kredit dari pengendali servis kewangan di Malaysia seperti bank, broker insurans, dan juga syarikat swasta yang menyediakan servis utiliti seperti telekomunikasi. Antara maklumat yang akan terpapar dalam laporan kredit CCRIS ialah pinjaman tertunggak, saman, dan status muflis.

Semua maklumat dan data kemudiannya dimasukkan ke dalam laporan kredit, dan institusi kewangan seperti bank akan mempunyai akses kepada laporan tersebut. Data pada laporan kredit akan dibahagikan kepada tempoh 12 bulan. Ia akan mengandungi kredit maklumat berkaitan seorang individu seperti di bawah:

Kredit tertunggak

Akaun perhatian khas, iaitu akaun di mana kemudahan kredit di bawah penyeliaan institusi kewangan.

Permohonon pinjaman kredit dalam tempoh 12 bulan yang telah diluluskan atau dalam proses untuk diluluskan.Sindiket yang menawarkan pinjaman tak wujud ini juga mengelirukan mangsa dengan kepala surat dan logo bank atau institusi pinjaman wang yang terkemuka.

Seorang penjawat awam, Fairus Kamaruddin (bukan nama sebenar), 35, yang menjadi mangsa sindiket ini berkata dia terpedaya dengan taktik itu lantaran yakin dengan logo bank berkenaan ketika melihat iklan di FB.
Artikel Berkaitan:


Kata Fairus, pada mulanya dia menemui iklan pinjaman wang di Facebook (FB) sebelum menghantar mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon seperti tertera dalam iklan tersebut.

Mesej berkenaan dibalas seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Wong yang mengaku menjadi ejen peminjam wang sebuah bank terkemuka.

Wong kemudiannya meminta maklumat peribadinya dan jumlah pinjaman untuk tujuan semakan.

Dalam beberapa jam, Wong mengesahkan bahawa Fairus boleh memohon untuk membuat pinjaman walaupun mempunyai rekod dalam CCRIS dan CTOS. Agak menghairankan!

"Wong yakinkan saya dia boleh bantu untuk mendapatkan pinjaman tersebut. Silap saya juga kerana tertekan untuk selesaikan hutang yang banyak, saya terima tawaran mereka.

"Tetapi, Wong kata sebelum duit dapat dikeluarkan saya perlu membayar dua bayaran pemprosesan sekitar RM2,000.

Masa ini saya dah kurang percaya tetapi Wong sekali lagi yakinkan saya dengan menunjukkan satu surat yang ada kepala surat bank dan logo bahawa pinjaman saya sudah diluluskan.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus masukkan duit ke dalam akaun bank milik sindiket tersebut," katanya.

Namun, kata Fairus selepas memasukkan duit seperti yang diminta, Wong terus menghilangkan diri.