Taehyung pakai baju batik?

Gambar Taehyung yang memakai baju seperti baju batik di Malaysia menimbulkan persoalan di kalangan netizen khususnya rakyat Malaysia
Gambar Taehyung yang memakai baju seperti baju batik di Malaysia menimbulkan persoalan di kalangan netizen khususnya rakyat Malaysia
A
A
A

PEMINAT Taehyung dari kumpulan BTS teruja melihat penyanyi kesayangan mereka mengenakan busana bercorak batik ketika satu persembahan.

Gambar Taehyung yang memakai kemeja berbunga kecil itu tular membuatkan ramai netizen di Malaysia gembira malah ada yang mengatakan kemeja itu seperti baju batik sekolah.

Ada juga yang berseloroh mengatakan bahawa kemungkinan persembahan tersebut diadakan pada hari Khamis (Kerajaan Malaysia menggalakkan pemakaian batik pada Khamis)

Untuk pengetahuan anda, baju yang dipakai penyanyi itu merupakan rekaan dari jenama terkenal antarabangsa iaitu Farfetch.

Antara reaksi netizen memberikan beberapa reaksi dan ada yang mengatakan baju yang dikenakan seperti baju batik sekolah
Antara reaksi netizen memberikan beberapa reaksi dan ada yang mengatakan baju yang dikenakan seperti baju batik sekolah

"Ini mesti persembahan hari Khamis ini ataupun lepas habis persembahan kena balik sekolah dah. Dah macam baju batik sekolah aku mamat Korea ini pakai," kata Ahmad Din di Twitter.

Idim Dan pula berkata "Serius arr baju ini Taehyung yang pakai. Dah macam baju orang-orang kerajaan nak pergi kerja hari Khamis ini. Tapi nampak style. Maknanya fesyen batik kita dah terkenal.

Artikel Berkaitan: