Demokrat kemuka 'bukti besar'

AYAT FB: Laporan dedah salah laku Presiden AS

Salinan laporan tersebut yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Laporan Risikan terhadap siasatan pemecatan Trump-Ukraine.
Salinan laporan tersebut yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Laporan Risikan terhadap siasatan pemecatan Trump-Ukraine.
A
A
A

WASHINGTON - Demokrat semalam mengemukakan 'bukti besar' tentang salah laku Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Laporan setebal 300 muka surat itu yang menuduh Trump cuba mengancam keselamatan negara dengan cara memberi tekanan kepada Ukraine untuk menggunakan taktik kotor terhadap pesaing politiknya bagaimanapun ditolak Rumah Putih.

Bukti tersebut didakwa akan menjadi asas artikel untuk pemecatan jutawan hartanah terbabit yang turut memperjelas secara terperinci termasuk intimidasi ke atas saksi dan menghalang siasatan.

"Presiden meletakkan kepentingan politik peribadinya melangkaui kepentingan negara, berusaha untuk melemahkan integriti proses Pilihan Raya Presiden AS dan membahayakan keselamatan negara.

"Trump bersama pegawai kanannya mungkin melihat tindakan menggunakan kuasa sebagai residen untuk memberi tekanan kepada negara asing bagi membantu kempen pilihan raya semula itu sebagai bukan perkara yang salah.

"Bagaimanapun, Bapa Pengasas menetapkan pemecatan sebagai remedi untuk Ketua Eksekutif yang mengutamakan kepentingan peribadinya," jelas kandungan laporan akhir siasatan itu.

Laporan itu dikumpulkan berdasarkan aduan diberikan pembocor maklumat pada Ogos lalu yang mendedahkan rancangan Trump bersama peguam peribadinya, Rudy Giuliani dan diplomat kanan untuk memberi tekanan kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bagi melakukan siasatan ke atas calon Demokrat, Joe Biden. - Agensi

Artikel Berkaitan: