Mana ibu kandung Iman Hakim?

Iman Hakim
Iman Hakim
A
A
A

SUBANG JAYA - Ibu kandung kepada seorang bayi lelaki berusia empat bulan diminta tampil bagi urusan dokumen dan penempatan kanak-kanak itu kelak.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Subang Jaya dalam satu kenyataan memaklumkan, Iman Hakim Aliff Abdul Fattah diselamatkan pihaknya pada 15 Oktober lalu selepas diabaikan ibu kandung yang dikenali sebagai Intan Noor Azlina.

Menurut kenyataan itu, Iman Hakim dilahirkan di Hospital Serdang pada 14 Ogos dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) kerana menghidap ‘Withdrawal Symptom’.

“Ibu kandungnya merupakan seorang penagih dadah dan mengambil dadah jenis syabu serta heroin sepanjang tempoh kehamilan.

“Ibu kandung melarikan diri dari wad selepas melahirkan bayi dan sehingga tidak dapat dikesan dan dihubungi,” katanya menerusi kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, ibu kandung Iman Hakim masih terlibat dengan dadah dan tidak memberi kerjasama sepanjang pelindung berusaha untuk mengesannya.

Menurut kenyataan itu lagi, kes kanak-kanak itu telah dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 15 Oktober lalu bagi penempatan dalam jagaan keluarga pelihara sehingga 12 Disember ini.

“Kes bayi ini akan dibawa ke mahkamah sekali lagi bagi mempertimbangkan penempatannya kelak.

Artikel Berkaitan:

“Sehubungan itu, mereka yang mempunyai maklumat berhubung ibu kandung kanak-kanak diminta menghubungi Pegawai Pelindung JKM Cawangan Subang Jaya, Mohd Hafifi Mohd Ariff di talian 0356343095,” kata kenyataan itu.