Pengasas bersama Google letak jawatan

Page (kiri) dan Brin mengasaskan Google dalam sebuah garaj di California pada 1998.
Page (kiri) dan Brin mengasaskan Google dalam sebuah garaj di California pada 1998.
A
A
A

SACRAMENTON - Pengasas bersama laman enjin carian gergasi, Google, Larry Page dan Sergey Brin semalam mengumumkan mereka meletak jawatan daripada mengendalikan syarikat induk, Alphabet dan akan digantikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Sundar Pichai.

Kedua-duanya akan meninggalkan peranan masing-masing sebagai CEO Alphabet dan presiden namun akan kekal dalam lembaga pengarah, pemegang saham serta pengasas bersama syarikat itu.

"Alphabet dan Google tidak lagi memerlukan dua CEO dan seorang Presiden," katanya.

Alphabet ditubuhkan pada 2015 sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semula korporat Google yang diasaskan oleh Page dan Brin di sebuah garaj di California pada 1998.

Penubuhan syarikat induk terbabit bertujuan untuk menjadikan aktiviti syarikat gergasi tersebut menjadi 'lebih bersih dan bertanggungjawab' selepas enjin carian internet itu berkembang secara meluas di seluruh dunia.

Mereka berpindah dari Google ke Alphabet selepas ia ditubuhkan dan perubahan itu dilakukan untuk memberi tumpuan bagi memulakan inisiatif baharu. - Agensi

Artikel Berkaitan: