Dashing-Juventus jalin kerjasama di Malaysia

Sriram (dua dari kiri) bersama Tomas (kiri) bergambar bersama lagenda bola sepak Juventus, David Trezeguet selepas jalinan kerjasama tersebut.
Sriram (dua dari kiri) bersama Tomas (kiri) bergambar bersama lagenda bola sepak Juventus, David Trezeguet selepas jalinan kerjasama tersebut.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Produk penjagaan diri jenama terkemuka, Dashing bersama kelab bola sepak dunia, Juventus menjalin kerjasama serantau di negara ini bagi memberi pengalaman berbeza kepada orang ramai.

Bagi memberi pengalaman menarik, ruang central court di pusat membeli-belah IOI City Mall diubah suai menjadi zon interaktif bola sepak yang bakal menguji tahap kemahiran pengunjung melalui pelbagai cabaran seperti Radar Speed Cage, Target Football, Goalkeeper Reaction Test dan Electronic Skills Mat.

Ketua Eksekutif Wipro Unza Malaysia, Sriram Krishnamurthy berkata, untuk tempoh beberapa bulan akan datang, Dashing telah mengatur pelbagai aktiviti menarik sesuai dengan kerjasama itu.

“Peminat bola sepak Malaysia berpeluang berkongsi pengalaman dalam cabaran bola sepak kelas pertama bersama kelab tersohor ini,” katanya di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Penasihat Kerjasama Juventus, Tomas Arico berkata, pengumuman kolaboratif ini merupakan satu usaha signifikan bagi menyaksikan perkembangan positif kelab berkenaan.

Beliau berkata, Juventus akan memberi sokongan terbaik kepada Dashing bagi memastikan kejayaan program berkenaan.

“Kerjasama eksklusif ini membuka peluang untuk kami mengembangkan lagi kelab ini. Kita juga telah membuka cawangan baharu di Hong Kong dan diwakili oleh Pengarah Urusan Juventus, Federico Palomba,” katanya.

Selain itu, Dashing turut mengumumkan enam pemenang hadiah utama dalam peraduan Dashing: Beli, WhatsApp dan Menang.

Artikel Berkaitan:

Pemenang akan diterbangkan ke bandar Turin, Italy dan menikmati pengalaman bertemu pemain Juventus.

Lebih menarik mereka akan dibawa menonton pertandingan bola sepak secara langsung di Stadium Allianz.