X

Kindly register in order to view this article
!

Atomy Malaysia prihatin nasib golongan B40

Sewon Kim (kanan) beramah mesra bersama peserta program CSR Atomy Malaysia di Kompleks Sekolah Rendah Islam Al-Huda Gombak Sabtu lalu.
A
A

GOMBAK - Atomy Malaysia Sdn Bhd (Atomy Malaysia) menyumbangkan 50 set pakaian sekolah kepada anak-anak dalam kalangan B40 bagi meringankan beban keluarga mereka.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kembali Ke Sekolah syarikat barangan pengguna dari Korea itu dilaksanakan di Kompleks Sekolah Rendah Islam Al-Huda di sini Sabtu lalu.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Pengurus Besar Cawangan Atomy Malaysia, Sewon Kim.

Sewon Kim berkata, Atomy ditubuhkan pada 2009 di Korea dan berkembang ke lebih 10 negara termasuk Malaysia.

“Selain memperkukuhkan produk kepada pelanggan tempatan, Atomy Malaysia kerap melaksanakan pelbagai program CSR secara bulanan antaranya bersama warga emas, gelandangan, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

“Kami percaya semua insan memainkan peranan kecil untuk menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik untuk semua, inilah peranan kecil kami,” katanya.

Sesi memberus gigi menggunakan Atomy Oral Care Set.
Sesi memberus gigi menggunakan Atomy Oral Care Set.

Beliau berkata, penerimaan pengguna terhadap produk yang menggunakan bahan semulajadi dengan tagline ‘kualiti mutlak dan harga mutlak’ juga semakin positif.

“Produk Atomy dijual secara atas talian di www.atomy.com/my dan menawarkan produk kesihatan, kecantikan, penjagaan peribadi, kelengkapan rumah dan makanan.

“Syarikat menyasarkan peningkatan jualan dan hasil keuntungan dapat digunakan untuk menjalankan lebih banyak program CSR pada masa akan datang,” katanya.

Sewon Kim (tengah) bersama penerima barangan keperluan sekolah sumbangan Atomy Malaysia di Kompleks Sekolah Rendah Islam Al-Huda Gombak Sabtu lalu.
Sewon Kim (tengah) bersama penerima barangan keperluan sekolah sumbangan Atomy Malaysia di Kompleks Sekolah Rendah Islam Al-Huda Gombak Sabtu lalu.

Pada program CSR itu, Atomy Malaysia turut menyumbangkan produk syarikatnya seperti bahan pencuci, pelembut fabrik, pencuci pinggan dan produk kesihatan Atomy Probiotics plus serta Atomy HemoHim kepada keluarga penerima.

Penerima sumbangan turut diceriakan dengan aktiviti permainan berkumpulan yang dikendalikan oleh kakitangan dan sukarelawan Atomy.

Mereka turut diajar kaedah memberus gigi dengan betul menggunakan berus gigi dan ubat gigi Atomy Oral Care Set.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus