Remaja dibakar rakan gara-gara telefon bimbit

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

DHAKA - Seorang remaja lelaki di Bangladesh hampir menemui ajal selepas dibakar dua rakannya dalam kejadian berpunca daripada pertengkaran melibatkan pembelian sebuah telefon bimbit.

Insiden membabitkan remaja berusia 13 tahun itu dilaporkan berlaku di daerah Barisal pada Sabtu lalu.

Akibat serangan itu, mangsa dikenali sebagai Md Mahfuz melecur 20 peratus di beberapa bahagian badan termasuk tekak dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sher-e-Bangla.

Kakak mangsa, Kulsum Begum berkata, adiknya disimbah minyak tanah selepas terbabit dalam pertengkaran ketika melakukan urusan jual beli telefon bimbit berkenaan dengan rakannya.

“Adik dan dua rakannya bertemu di hadapan sebuah kedai runcit di Varanikandi, namun berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

“Selepas itu adik saya disiram dengan minyak tanah. Mereka cuba membakarnya hidup-hidup sebelum melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis tempatan, Zahid Alam berkata, tiada tangkapan dibuat memandangkan mangsa tidak melaporkan kejadian berkenaan kepada pihaknya. - Agensi

Artikel Berkaitan: