Kanak-kanak Rohingya dilarang bersekolah?

Lebih 700,000 pelarian Rohingya termasuk kanak-kanak melarikan diri ke Bangladesh sejak gelombang keganasan tercetus kembali pada 2017.
Lebih 700,000 pelarian Rohingya termasuk kanak-kanak melarikan diri ke Bangladesh sejak gelombang keganasan tercetus kembali pada 2017.
A
A
A

YANGON - Bangladesh didakwa menghalang ratusan kanak-kanak Rohingya daripada mendapat akses pendidikan.

Perkara itu didedahkan Human Rights Watch (HRW) hari ini menerusi laporan 'Are we not human?' yang mendakwa Dhaka melanggar hak 400,000 golongan itu yang melarikan diri dari Myanmar dan tinggal di kem sesak di Cox's Bazar.

"Masyarakat antarabangsa perlu bertindak dan menggesa Bangladesh dan Myanmar melakukan perubahan dasar mereka," kata Pengarah Bersama Hak Asasi Kanak-kanak di HRW, Bill Van Esveld.

Laporan itu juga membongkar tindakan Dhaka menyekat kanak-kanak Rohingya memasuki sekolah di luar kem penempatan mereka atau mengambil peperiksaan selain melarang agensi PBB dan kumpulan bantuan asing memberikan pendidikan akreditasi rasmi.

Sementara itu, Ketua Suruhanjaya Bantuan Pelarian di Bangladesh, Mahbub Alam Talukder menafikan laporan tersebut dan menjelaskan terdapat 4,000 pusat pembelajaran di kem terbabit.

"Pelarian Rohingya perlu kembali ke Myanmar. Mereka bukan rakyat kami dan tidak boleh dibenarkan menggunakan kurikulum kebangsaan," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: