Neelofa tinggalkan MeleTOP

Neelofa
Neelofa
A
A
A

PENGACARA popular, Neelofa membuat pengumuman secara langsung akan berundur daripada program MeleTOP dan akan mengacarakan buat kali terakhir pada 31 Disember ini.

Menurut Neelofa, pengundurannya itu adalah salah satu daripada pengorbanannya dalam merencana karier seni.

“Dengan hati yang sangat berat, ini adalah bulan terakhir saya akan bersama dengan MeleTOP. Terima kasih untuk segalanya dan memberi kepercayaan kepada saya selama ini.

"Bagi saya MeleTOP adalah sebahagian daripada hidup saya. Amat berat untuk saya tetapi saya perlu lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lain,” ujarnya yang tidak dapat menahan sebak ketika pengumuman tersebut dibuat.

Menjelaskan lebih lanjut pengundurannya itu selepas lebih tujuh tahun mengendalikan rancangan MeleTOP, pengacara berusia 30 tahun itu berkata, keputusan itu dibuat demi mencuba sesuatu yang baru.

"Banyak perkara yang saya rancangkan untuk tahun 2020 dan salah satunya saya akan tampil dengan program baharu.

"Memang berat untuk saya tinggalkan MeleTOP kerana program ini melihat bagaimana kerjaya saya berkembang, bagaimana saya dan Nabil kembangkan program ini bersama.

"Tapi saya tak boleh buat semua dan terlalu selesa dengan apa yang saya buat kini," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Sejak mula diterbitkan pada tahun 2012, kehadiran Neelofa bersama Nabil Ahmad sebagai pengacara program itu memberi impak tersendiri dan sudah pun bersiaran 370 buah episod selama lapan musim berturut-turut.

Rancangan hiburan berkenaan ke udara pada setiap hari Selasa pada jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria.