X

Kindly register in order to view this article
!

Kampung Agong

A
A

Para pelancong tidak melepaskan peluang merakam gambar kenangan semasa melawat Kampung Agong, Penaga di sini.

Kampung Agong kini menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa untuk bergambar dengan berlatar belakangkan panorama desa selain merasai sendiri suasana kampung tradisi biarpun baru sahaja beroperasi selama enam bulan.

Pemilik kawasan itu, Ang Ee Zhan, 17, berkata nama Kampung Agong diberi bersempena dengan nama jolokan yang diberikan orang kampung kepada datuknya Ang Peng Tiam, 84, iaitu 'Agong' kerana beliau mempunyai sebidang tanah yang luas, kebun kelapa dan sawah padi.

Di kampung itu juga terdapat sarang burung tempua, burung wak wak dan burung helang yang dibuat dari sarang burung asli untuk para pengunjung bergambar dengan sarang burung berkenaan. - Foto Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!