Pekerja 'offshore' dipuji selamatkan anjing hanyut di laut

Keadaan anjing yang berjaya diselamatkan pekerja offshore. Pekerja offshore selamatkan anjing yang hanyut di laut.
Keadaan anjing yang berjaya diselamatkan pekerja offshore. Pekerja offshore selamatkan anjing yang hanyut di laut.
A
A
A

SIBU - Seekor anjing berjaya diselamatkan sekumpulan pekerja offshore di tengah laut ketika sedang menjalankan tugas.

Perkongsian itu dimuat naik di Facebook Ben Mr Red yang mendapat perhatian netizen sebelum tular di laman sosial.

"Anjing hanyut di tengah lautan dan berjaya diselamatkan abang offshore. Terbaik semua abang-abang offshore," tulisnya.

Menerusi paparan itu, anjing itu telah hanyut di lautan namun secara kebetulan ditemui oleh pekerja offshore yang bertugas ketika itu.

Anjing itu kelihatan kurus, tidak bermaya kerana dipercayai telah hanyut lebih dari dua jam.

Bukan sekadar menyelamatkan haiwan itu, malah pekerja tersebut juga memberikan makan, minuman kepada anjing berkenaan.

Pekerja juga memberi layanan baik kepada anjing itu sebelum membawanya ke darat.

Bagaimanapun kehadiran seekor anjing berada di tengah laut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan:

"Aku tunggu je jawapan dari tadi macam mana anjing ni boleh ada sampai tengah-tengah laut tu. Tolong bagi jawapan," tulis Syed Fakhrul.

Namun rata-rata netizen menarik nafas lega apabila anjing itu kembali sihat dan ceria.

"Tengok gambar permulaan rasa kesian dan sebak sebab muka dia tu memang sedih sangat. Lama-lama tengok dia dijaga, diberi minum makan. Semua jaga dan sayang dia.

"Akhirnya tengok muka dia dah ceria. Allahu, terima kasih sangat dekat abang offshore. Tanpa mengira najis ke apa, mereka nampak sangat ikhlas. Semoga ALLAH lindungi dan selamatkan kalian sebagaimana kalian selamatkan dan lindungi anjing itu." tulis Noor Hamidah Ramli.

Syed Zaim berkata, "Syabas dan terima kasih kepada semua petugas yang terlibat di dalam misi menyelamat. Walaupun ia seekor haiwan namun ia tetap makhluk ciptaan Tuhan. Semoga hidup anda dirahmati."

Kata Ranold Tok, "Jarang-jarang berlaku. Terima kasih semua, selamatkan apa saja benda hidup yang memerlukan pertolongan dan dihantar balik ke darat dengan penuh ciri-ciri keselamatan."