PROLINTAS lancar Pelan Anti Rasuah

Latheefa Koya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Prolintas Group of Companies Datuk Azlan Abdullah (dua,kanan) ketika melancarkan buku 'Organizational Anti-Corruption Integrity Plan & Corruption Risk Management' (CRM 2.0) pada Majlis Hari Integriti Prolintas 2019 di Concorde Hotel Kuala Lumpur semalam. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Syarikat PROLINTAS melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan Pelan Anti Rasuah dan Intergriti Organisasi (OACIP) dan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah di Hotel Concorde semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, pelancaran pelan itu membuktikan PROLINTAS mengambil langkah proaktif dalam persediaan menghadapi penguatkuasaan Liabiliti Korporat Seksyen 17A pada Jun tahun hadapan.

"PROLINTAS telah menganjurkan Hari Integriti secara tahunan dan tahun ini dengan tema Gong Integriti Perangi Rasuah, Tempur Rasuah melibatkan lebih 250 peserta.

"Agensi terlibat ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta rakan niaga dan kakitangan PROLINTAS.

"Syarikat ini juga mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Jabatan Integriti dua tahun lalu dalam usaha memperkukuhkan integriti, ketelusan dan akauntabiliti yang tinggi dalam organisasi," katanya ketika berucap sempena Hari Integriti 2019 dan Pelancaran Pelan Anti Rasuah dan Intergriti Organisasi (OACIP) dan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Beebi Koya ketika simbolik perasmian pada Hari Integriti PROLINTAS 2019 serta Pelancaran Pelan Anti-Rasuah dan Integriti Organisasi (OACIP) dan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah bertempat di Concorde Hotel Kuala Lumpur semalam. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Menurutnya, PROLINTAS berada di landasan yang betul untuk mempunyai rangka kerja, polisi dan persijilan lengkap melalui kewujudan Pelan Anti Rasuah dan Integriti (OACIP), Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan Anti Bribery Management System (ABMS) sebelum 1 Jun 2020.

"Ini juga selaras dengan matlamat kami untuk memenuhi tarikh akhir pelaksanaan di bawah Seksyen 17A, Akta SPRM 2009," katanya.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya; Pengarah Jabatan Pematuhan Integriti dan Standard Polis Diraja Malaysia, Datuk Zamri Yahya dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) Datuk Ir Mohd Shuhaimi Hassan.