Tindakan pantas bomba selamatkan pasar raya

Anggota bomba melakukan pemeriksaan lanjut selepas api dipadamkan bagi mengelak kebakaran berulang pagi tadi.
Anggota bomba melakukan pemeriksaan lanjut selepas api dipadamkan bagi mengelak kebakaran berulang pagi tadi.
A
A
A

KUANTAN - Tindakan pantas anggota bomba memadam kebakaran sebuah pasar raya di Jalan Bukit Goh di sini berjaya menyelamatkan premis itu daripada musnah sepenuhnya, pagi tadi.

Kebakaran dilaporkan jam 9.34 pagi itu bagaimanapun hanya melibatkan 20 peratus kemusnahan dan tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata, susulan laporan diterima, 25 anggota bersama tiga jentera ke lokasi bagi bantuan memadam kebakaran.

"Tindakan pantas anggota berjaya menyelamatkan premis tersebut daripada musnah sepenuhnya dan premis-premis lain bersebelahan," katanya.

Menurutnya, anggota menggunakan aliran hos dan air dari jentera bagi memadam kebakaran premis tersebut sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Nor Hisham berkata, punca kebakaran dan nilai kerugian termasuk kerosakan bangunan dan barang jualan masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: