Cabul: Tukang masak dijel enam tahun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - "Saya minta maaf, saya tidak akan ulangi lagi, ketika itu saya tidak tahu mengapa saya buat begitu".

Demikian rayuan seorang tukang masak sebelum dia dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan cabul kanak-kanak, Mac tahun lalu.

Tertuduh, Brian Garzon, 27 membuat pengakuan salah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Faiz Dziyauddin.

Mengikut pertuduhan, Brian didakwa telah melakukan amang (dorongan) seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara mencium mulut dan menyentuh kemaluan kanak-kanak berkenaan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Delima 1, Taman Murni, Ulu Tiram, di sini kira-kira jam 1.30 petang pada 23 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ia juga boleh memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Artikel Berkaitan:

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun manakala tertuduh diwakili Peguam, R Subash.