Sang bedal sesat masuk kawasan pantai

Kelihatan seekor buaya berenang di kawasan pesisir pantai dan video reptilia itu berjaya dirakam penduduk setempat.
Kelihatan seekor buaya berenang di kawasan pesisir pantai dan video reptilia itu berjaya dirakam penduduk setempat.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan seekor buaya tersesat memasuki kawasan pantai Ban Pecah, Kuala Kurau di sini.

Rakaman video reptilia itu berenang di pesisir pantai mula tular di media sosial sejak semalam telah menimbulkan kebimbangan kepada penduduk setempat.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, buaya tembaga atau nama saintifiknya, crocodylus porosus dipercayai tersesat dari Sungai Kurau berhampiran.

“Kaji selidik pihak jabatan tahun ini sememangnya merekodkan beberapa ekor buaya jenis itu di sungai berkenaan.

“Kemungkinan besar buaya ini telah masuk ke kawasan pantai berikutan musim hujan yang mana paras air sungai naik selain faktor mencari makanan,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya menasihatkan ramai untuk berhati-hati dan tidak melakukan sebarang aktiviti termasuk mandi-manda di kawasan pantai.

“Penduduk juga diingatkan jangan sesekali cuba menangkap atau mencederakan serta melakukan provokasi terhadap haiwan itu.

“Pihak Perhilitan akan terus memantau keadaan dan kami percaya buaya ini akan kembali ke habitat asalnya di Sungai Kurau apabila keadaan arus dan paras sungai kembali seperti biasa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Perhilitan mengesahkan seekor buaya tersesat memasuki kawasan pantai Ban Pecah, Kurau Kurau.
Perhilitan mengesahkan seekor buaya tersesat memasuki kawasan pantai Ban Pecah, Kurau Kurau.