X

Kindly register in order to view this article
!

Berhentilah berniaga, kutip sedekah sampai atas jalan raya

Gambar hiasan
A
A

MERAK Jalanan tidak ada masalah dengan perbuatan individu atau organisasi tertentu yang meminta sedekah.

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan kemurahan hati dalam menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Merak Jalanan juga tidak mempunyai masalah dengan peniaga yang gigih berjualan dari meja ke meja saat kita menjamu selera di kedai makan.

Kalau mahu meminta sedekah atau menjual barangan seperti kek atau pen, teruskan saja asalkan tidak terlampau mendesak.

Pada yang tidak mahu menderma atau membeli pula cukup sekadar menggeleng kepala dan angkat tangan katakan tidak. Selesai!

Tetapi Merak Jalanan mempunyai masalah dengan segelintir peminta sedekah dan peniaga yang berjualan sampai di atas jalan raya.

Ini kerana perbuatan tersebut bukan sahaja mengganggu aliran trafik, malah lebih teruk mengancam keselamatan mereka sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Apatah lagi, lokasi yang dipilih sudah tentulah ‘port’ strategik yang sesak dan penuh dengan kenderaan.

Persimpangan lampu isyarat adalah antara tempat yang paling digemari kerana setiap kali lampu isyarat bertukar merah, mereka menggunakan kesempatan sekitar satu atau dua minit itu untuk segera mencari pelanggan.

Merak Jalanan sudah beberapa kali bertemu dengan peminta sedekah di lampu isyarat sekitar Ampang dan Jalan Kuchai Lama di Kuala Lumpur.

Ada peminta sedekah yang lebih berani sehingga mengetuk cermin kereta pemandu.

Sejak beberapa bulan lalu, Merak Jalanan melihat trend itu turut berjangkit dengan aktiviti berjualan.

Lebih mengejutkan, minggu lalu Merak Jalanan bertembung dengan peniaga yang berjualan di atas jalan raya di Mentakab, Pahang.

Bagi Merak Jalanan, bumi ciptaan ALLAH ini cukup luas, berjualanlah di tempat yang lebih selamat.