Kunci perdamaian ada pada Anwar dan Azmin

Afif Bahardin
Afif Bahardin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kunci perdamaian antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ada pada kedua-dua pemimpin tersebut.

Bekas Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin berkata, perdamaian itu juga yang dimahukan oleh majoriti ahli di peringkat akar umbi.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menjelaskan sama ada kunci perdamaian antara dua pemimpin tertinggi parti itu akan kembali bertaut atau sebaliknya.

“Pergeseran antara kedua-dua pemimpin ini berlarutan sudah lama. Perdamaian ini harus dicapai antara Presiden dan Timbalan Presiden. Namun, kunci perdamaian itu ada pada Anwar dan Azmin.

“Saya tidak boleh kata (berdamai atau sebaliknya) tetapi majoriti ahli di peringkat akar umbi mahukan perdamai supaya PKR terus kuat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau yang juga Exco Kesihatan Pulau Pinang berkata demikian ketika mengulas adakah Anwar dan Azmin yang sebelum ini dilaporkan tidak seiring dalam perjalanan parti kembali berdamai menjelang Kongres Nasional PKR yang bakal berlangsung selama tiga hari di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bermula Jumaat ini.

Artikel Berkaitan: