Warga Thailand maut tertimbus tanah

Lokasi kejadian mangsa yang tertimbus tanah ketika melakukan kerja-kerja pembaikan kabel di hadapan Dewan Mat Kilau, Batu 5 Jalan Gambang, tengah hari tadi. -Foto Ihsan Bomba Pahang
Lokasi kejadian mangsa yang tertimbus tanah ketika melakukan kerja-kerja pembaikan kabel di hadapan Dewan Mat Kilau, Batu 5 Jalan Gambang, tengah hari tadi. -Foto Ihsan Bomba Pahang
A
A
A

KUANTAN - Seorang warga Thailand maut selepas tertimbus tanah ketika melakukan kerja-kerja pembaikan kabel di bawah tanah di hadapan Dewan Mat Kilau, Batu 5 Jalan Gambang, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Assiten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, mangsa, Master Muhammad Riduwan,18, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Menurutnya, rakan sekerjanya, Muhammad Naqiuddin Che Azhar,18, cedera ringan di bahagian bahu dan sakit dada.

"Muhammad Naqiuddin hanya cedera ringan dan kini sedang mendapat rawatan di HTAA di zon kuning," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 12.28 tengah hari.

Katanya, ketika pihak polis dan anggota bomba tiba di lokasi mangsa telah diselamatkan rakan sekerjanya.

"Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian ini," katanya.

Artikel Berkaitan: