Si batik melingkar atas meja makan

Ular sawa ditemui melingkar di atas meja makan dalam kejadian di Kampung Bestari Jaya di sini, malam tadi.
Ular sawa ditemui melingkar di atas meja makan dalam kejadian di Kampung Bestari Jaya di sini, malam tadi.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang pemilik kedai makan di Kampung Bestari Jaya yang sedang mengemas premisnya terkejut melihat ular sawa melingkar di atas meja makan.

Kejadian kira-kira jam 9 itu ketika mangsa berusia 60-an sedang mengemas kedai makannya.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Selangor Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan dari pemilik kedai kira-kira jam 9.28 malam.

"Seramai empat anggota ke lokasi dan berjaya menangkap reptilia berkenaan dan dibawa ke Pusat Kawalan Operasi APM Kuala Selangor," katanya.

Katanya, reptilia sepanjang empat meter seberat 45 kilogram itu turut menarik perhatian penunggang basikal luar negara.

Inaki Pagola, 48, berkata, dia dan isteri, Garbine Izagirre yang dalam misi berbasikal seluruh dunia berhenti melihat ular sawa yang berada di pusat kawalan berkenaan.

"Saya dan isteri teruja dan seronok kerana anggota APM menjemput kami bergambar dan memegang reptilia ini. Ini kali pertama saya melihat dan menyentuh ular sepanjang hidup saya," katanya.

Artikel Berkaitan: