HPPNK platform promosi produk peladang, penternak dan nelayan

Salahuddin (tiga dari kanan) memotong kek sempena ulang tahun kelahirannya sambil ditemani isterinya, Datin Seri Fatimah Taha (empat dari kanan) selepas menyempurnakan Perasmian Penutupan HPPPNK 2019. -Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

A
A
A

JOHOR BAHRU - Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 yang melibatkan kerjasama di antara Kerajaan Negeri Johor dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai agensi pelaksana membuka peluang dan ruang kepada masyarakat peladang, penternak serta nelayan mencari ruang pasaran, mempamer serta mempromosikan produk masing-masing.

Acara yang melabuhkan tirainya di Angsana Johor Bahru Mall semalam itu turut menjadi platform penyebaran maklumat mengenai inisiatif kerajaan khususnya MOA untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro.

Salahuddin (lima dari kiri) memakai t-shirt MAHA 2020 sebagai simbolik penutupan HPPNK 2019 semalam. -Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Salahuddin (lima dari kiri) memakai t-shirt MAHA 2020 sebagai simbolik penutupan HPPNK 2019 semalam. -Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

Selain menyediakan maklumat berkaitan, reruai Agro Belia sempena HPPNK 2019 mengadakan pelbagai aktiviti antaranya demonstrasi membuat kek dan kopi latte, bual bicara bersama ikon agropreneur dan demonstrasi kaedah fertigasi cili.

Perasmian Penutupan HPPPNK 2019 disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub semalam.

Bagi yang terlepas untuk ke HPPNK 2019, MOA akan menganjurkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2020, ekspo pertanian terbesar negara pada tahun hadapan.

Artikel Berkaitan: