Kewangan Kerajaan Pahang stabil

Wan Rosdy (tengah) menyampaikan sijil kepada wakil jabatan yang cemerlang pada Perhimpunan Bersama Penjawat Awam Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek hari ini.
Wan Rosdy (tengah) menyampaikan sijil kepada wakil jabatan yang cemerlang pada Perhimpunan Bersama Penjawat Awam Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Kedudukan kewangan Kerajaan Pahang berada dalam keadaan stabil dengan baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan pada akhir Disember 2018 meningkatkan sebanyak RM2.09 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peningkatan itu sebanyak 1.75 peratus berbanding RM119.63 juta pada 2017.

"Ini hasil daripada Laporan Ketua Audit Negara 2018 yang telah memperakukan bahawa kedudukan kewangan di Pahang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bersama Penjawat Awam Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek hari ini.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, beliau amat berpuas hati apabila empat jabatan memperolehi pencapaian cemerlang atau lima bintang hasil pengauditan kewangan berasaskan Indeks Akauntabiliti (AI) kepada 11 jabatan dan agensi di Pahang.

Menurutnya, empat jabatan itu ialah Jabatan Kerja Raya Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Bentong, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.

"Lima lagi jabatan memperolehi pencapaian baik manakala dua jabatan pada tahap memuaskan," katanya.

Wan Rosdy berkata, secara keseluruhannya pihaknya amat berpuas hati dengan prestasi kerja dan pencapaian jabatan kerajaan dan penjawat awam di Pahang.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ini dapat dinilai apabila setiap inisiatif ataupun idea yang dicadang oleh pihak Kerajaan dilaksanakan dengan baik oleh jabatan kerajaan dan penjawat awam.