Kerajaan Pahang sasar kutipan hasil 95 peratus tahun 2020

Wan Rosdy (tengah) bersama barisan exco kerajaan negeri dan penjawat awam pada Perhimpunan Bersama Penjawat Awam Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek, hari ini.
Wan Rosdy (tengah) bersama barisan exco kerajaan negeri dan penjawat awam pada Perhimpunan Bersama Penjawat Awam Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang menyasarkan kutipan hasil tahan sebanyak 95 peratus pada 2020 berbanding 80 peratus sehingga 30 November lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sasaran itu ditingkatkan berdasarkan pertumbuhan ekonomi yang dijangka memberangsangkan tahun depan.

"Bagaimanapun, daripada 80 peratus itu masih terdapat jumlah baki tunggakan iaitu RM86.52 juta," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bersama Penjawat Awam Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah hari ini.

Wan Rosdy berkata, walaupun kerajaan negeri meletakkan sasaran agak tinggi namun beliau yakin hasrat berkenaan dapat direalisasikan hasil kerjasama daripada semua agensi termasuk setiausaha kerajaan negeri.

"Semua pihak sudah pasti akan mengembeling usaha untuk menyasarkan pendapatan hasil sebanyak RM1 bilion dalam tempoh tiga hingga empat tahun.

"Kita juga akan menarik lebih banyak pelaburan daripada luar negara terutama Thailand.

Artikel Berkaitan: