Tular ikan paus minta 'tolong' nelayan

Ikan paus menghampiri sekumpulan nelayan setelah badannya tersangkut pada seutas tali hingga menghalang pergerakannnya tular di laman sosial.
Ikan paus menghampiri sekumpulan nelayan setelah badannya tersangkut pada seutas tali hingga menghalang pergerakannnya tular di laman sosial.
A
A
A

BINTULU - Seekor ikan paus meminta 'pertolongan' sekumpulan nelayan setelah badannya tersangkut pada seutas tali hingga menghalang pergerakannya.

Pendedahan menyayat hati itu dikongsi oleh Persatuan Haiwan Malaysia menerusi satu rakaman video 1 minit 53 saat dimuat naik di Facebook miliknya hingga tular di laman sosial.

Ikan paus itu dilihat menghampiri sebuah kapal untuk meminta bantuan dan rakaman itu dipercayai berlaku di Bintulu, Sarawak.

Setelah individu berjaya mengerat tali itu, ikan paus melibas ekornya sebagai tanda terima kasih kepada sekumpulan nelayan tersebut.

Persatuan Haiwan Malaysia dan netizen mengucapkan tahniah kepada kumpulan penyelamat tersebut.

Norjanatulhafiza Rusli Alhamdulillah menulis, "Terima kasih kepada yang membantu. Ikan tu pun tau ucap terima kasih dengan cara dia."

Kata Yasmi Ismail, "Jutaan terima kasih buat semua yang bersusah payah menyelamatkan makhluk ALLAH tersebut. Semoga ALLAH jua menyelamatkan kehidupan anda. Sepantai kasih selaut sayang. Semoga cita rasa sayang tetap utuh dalam diri sesama makhluk ALLAH."

Artikel Berkaitan: