Pengisytiharan harta langkah transformasi kerajaan Johor

Chong Sin
Chong Sin
A
A
A

ISKANDAR PUTERI- Usul mewajibkan pengisytiharan harta kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor adalah langkah tepat bagi membawa perubahan atau transformasi dalam pentadbiran kerajaan negeri.

ADUN Mengkibol, Chew Chong Sin berkata sebagai kerajaan reformis langkah tersebut dilihat sebagai pembaharuan polisi yang dapat memastikan ketulusan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya menyokong penuh usaha Kerajaan Johor dan juga akan menjadi antara yang terawal menyahut seruan ini demi kelestarian dan ketelusan pentadbiran di bawah kepimpinan Kerajaan PH,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya turut menggesa semua kerajaan negeri melaksanakan pengisytiharan harta oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai satu komitmen terhadap aspek integriti dan ketelusan dalam negara.

Untuk rekod, pada 1 Julai lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul mewajibkan semua ahli parlimen termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing-masing.

Di peringkat kerajaan negeri, Perak sudah mewajibkan ADUN negeri itu mengisytiharkan harta kepada SPRM.

Artikel Berkaitan: