Penduduk trauma banjir lumpur

Keadaan rumah Siti Nur Anifeasila di Kampung Mat Noor ketika banjir lumpur berlaku petang semalam.
Keadaan rumah Siti Nur Anifeasila di Kampung Mat Noor ketika banjir lumpur berlaku petang semalam.
A
A
A

BATU PAHAT - Penduduk di Kampung Mat Noor di sini trauma selepas kejadian banjir lumpur yang mengakibatkan kerosakan barangan rumah yang didakwa berpunca daripada pembangunan yang sedang dilakukan di kawasan Bukit Payung ditambah hujan lebat berterusan.

Mangsa Siti Nur Anifeasila Tukaman, 33, berkata, dia sekeluarga tidak tidur malam kerana membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam dan dalam tempoh kurang 10 minit air serta lumpur sudah memenuhi kawasan belakang rumahnya sebelum melimpah ke dalam kawasan rumahnya.

"Rumah saya hanya satu kilometer sahaja dari kawasan pembangunan itu. Sekejap sahaja air melimpah. Saya hanya sempat menyelamatkan kucing dan mengambil tilam saja," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Barang-barang di dalam rumah tidak dapat diselamatkan ketika banjir lumpur berlaku petang semalam.
Barang-barang di dalam rumah tidak dapat diselamatkan ketika banjir lumpur berlaku petang semalam.

Siti Nur Anifeasila memberitahu, dia dan suami Haliet Jamhari, 35 menyelamatkan diri dengan duduk di anjung rumah sambil menanti banjir surut pada jam 7 petang.

Bagaimanapun katanya, lumpur tebal sehingga buku lali menyebabkan keadaan rumahnya berbau dan beberapa barang rosak.

"Sebagai penduduk, kami tidak pernah menolak pembangunan tetapi selepas berlaku banjir lumpur kali ini kami cukup sedih dan minta pertimbangan serius dilakukan bagi cadangan projek tapak pelupusan di Bukit Payung.

Artikel Berkaitan:

Dianggarkan kira-kira 40 keluarga di kawasan Parit Sulong, di sini terjejas selain turut membabitkan enam kampung lain iaitu Kampung Parit Betong, Parit Abdul Rahman, Parit Abdul Hadi, Parit Ju, Kampung Kangkar Merlimau dan Kampung Mohd Noor.