X

Kindly register in order to view this article
!

Pak Aji bantu ibu memasak

Pak Aji memmmbantu memberi ilham kepada para ibu untuk menyediakan masakan berasaskan sayur yang mudah, cepat, berkhasiat dan sedap.
A
A

MAJORITI rakyat Malaysia dikatakan tidak mendapatkan sayur-sayuran yang mencukupi walaupun mengetahui tabiat pemakanan sihat adalah penting untuk mencegah penyakit dan kekal cergas.

Justeru, bagi memberi kesedaran pada pengambilan makanan terbaik, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) mengambil inisiatif memperkenalkan sebuah video komunikasi yang memaparkan watak seorang lelaki dipanggil 'Pak Aji' simbolik pada jenama Ajinomoto.

Menerusi video baharu tersebut, Pak Aji akan memberi ilham kepada para ibu untuk menyediakan masakan berasaskan sayur dengan tagline, Campur, Campur, Siap! yang mudah, cepat, berkhasiat dan sedap.

Selain itu, penonton juga berpeluang menyaksikan keletah karakter Pak Aji yang menghiburkan sedang memasak sajian Sayur Campur Labu bersama ibu dengan menambah ayam sebagai sumber protein.

Selain menjadi tukang masak yang hebat dan menjadikan makanan lebih sedap, Pak Aji turut menggalakkan kanak-kanak untuk belajar menyediakan makanan sihat bersama ibu dan bapa mereka.

Secara tidak langsung, platform tersebut dapat menarik perhatian, sekali gus meningkatkan keinginan kanak-kanak untuk menikmati lebih banyak hidangan berasaskan sayuran.

Pada masa sama, ikatan kekeluargaan juga terjalin mesra dan menjadi kukuh termasuk memupuk tabiat pemakanan sihat melalui masak bijak ilham daripada Pak Aji.