Suami tanya, tak dapat masuk ke? : Datin Alyah ulas kegagalan ke AJL34

Persembahan Alyah pada Semi Final AJL34 baru-baru ini.
A
A

PENYANYI Datin Alyah akur apabila lagu nyanyiannya, Jutaan Purnama gagal melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) biarpun sudah melakukan yang terbaik pada persembahan Semi Final Muzik Muzik pada Jumaat lalu.

“Alhamdulillah selesai tugas saya untuk Jutaan Purnama. Sejak saya terpilih untuk Semi Final Muzik-Muzik, saya tak pernah putus berdoa semoga saya boleh membuat persembahan yang terbaik untuk Jutaan Purnama.

“Saya tak nak ambik kira pendapat orang lain, tapi pada saya, ini adalah persembahan yang paling clean so far untuk lagu yang sangat-sangat menguji vokal saya. Bermakna ALLAH SWT makbulkan doa saya. Alhamdulillah. ALLAH SWT maha baik.

“Kepada @alyah4ever dan semua fans, terima kasih atas sokongan kalian. Mohon maaf atas kekecewaan yang kalian rasa. Saya hanya wanita biasa yang mengabdikan diri kepada kerjaya,” luahnya di Instagram.

Dalam pada itu, isteri kepada Datuk Ramli MS ini juga menyifatkan dia sudah biasa berdepan dengan kekalahan dan reda dengan ketentuan,

“Kalah itu dah biasa pada saya tapi kalau menang tu mcm pelik sikitla. Sebab selalu masuk pertandingan jarang nak menang.

“Dulu masa belum kahwin, setiap kali habis pertandingan mesti mak saya tanya, kalah ke? Sekarang dah kahwin, suami pulak tanya tak dapat masuk ke?

“Nampak tak betapa gagal dalam pertandingan itu perkara biasa pada saya. Jadi untuk kes Jutaan Purnama ni, serious saya OK ja. Macam tak rasa apa apa pulak. Bukan sebab tak hargai, tapi sebab reda,” kata Alyah.