Pendaki sesat ditemui di surau

Bomba berusaha membawa mangsa turun. - Foto JBPM
Bomba berusaha membawa mangsa turun. - Foto JBPM
A
A
A

SEREMBAN - Seorang wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki Gunung Berembun, Pantai di sini ditemui selamat di surau Lata Berembun semalam.

Wanita berusia 48 tahun itu ditemui anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.30 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 10.08 malam daripada rakan mangsa.

“Mangsa ke gunung itu bersama bersama 11 pendaki lain dan mereka mulakan aktiviti pendakian jam 9 pagi, namun pendaki lain berjaya turun pada jam 6 petang manakala mangsa tidak dapat ditemui dan dipercayai sesat menyebabkan rakannya menghubungi bomba untuk dapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, seramai 26 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Multi Skill Team (Must) serta Pasukan Bomba Sukarela Pantai terlibat dalam operasi berkenaan.

“Mangsa telah dibawa turun dan tiba di kaki gunung pada jam 1.45 pagi,” katanya.

Seramai 26 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, STORM, Multi Skill Team (Must) serta Pasukan Bomba Sukarela Pantai terlibat dalam SAR berkenaan. - Foto JBPM
Seramai 26 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, STORM, Multi Skill Team (Must) serta Pasukan Bomba Sukarela Pantai terlibat dalam SAR berkenaan. - Foto JBPM

Artikel Berkaitan: