[VIDEO] Si bulus terkapai-kapai di laut nyaris lemas

Paparan video tular di laman sosial.
A
A

BUTTERWORTH - Sekumpulan pemancing di Jambatan Pulau Pinang menerima pujian daripada netizen atas usaha menyelamatkan seekor anak kucing dipercayai terjatuh ke dalam laut.

Video berdurasi 52 saat yang memaparkan anak kucing berbulu hitam dan putih itu terkapai-kapai dan mengiau di dalam air tular di laman sosial.

Seorang lelaki kebetulan memancing di bawah jambatan berkenaan menyauk anak kucing yang hampir lemas itu.

Posting dimuat naik di Facebook Penang Kini turut mempersoalkan individu kejam yang membuang anak kucing tersebut.

"Siapalah makhluk yang buang kucing ke bawah jambatan Pulau Pinang. Namun umurnya masih panjang bila sahabat saya bersama anaknya berjaya menyelamatkan kucing tersebut pagi tadi." tulisnya.

Tangkap layar dari netizen.
Tangkap layar dari netizen.

Sementara itu, netizen bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada sekumpulan pemancing itu kerana berjaya menyelamatkan anak kucing dari lemas.

Ada juga netizen yang berbesar hati untuk membela kucing itu namun difahamkan salah seorang pemancing sudah membela anak kucing itu.

"Alhamudulillah, kucing sudah sihat, tekong batu uban ambil jaga bela, semoga tekong di murahkan rezeki, Amin," kata Awins Awins.

Kata Sarimah Hussain,"Ya Allah. Kesiannya baby. Semoga ALLAH SWT murahkan rezeki adik-adik yang baik hati ni. Terima kasih banyak. Syukur kitty selamat."

"Ya ALLAH tergamaknya buang anak kucing dalam laut. Alhamdulillah, terima kasih kepada penyelamat," tulis Cik Norain.

Sehingga kini, video itu meraih 123,000 tontonan dan lebih 1,100 perkongsian dari netizen.

Syabas dan ribuan terima kasih kepada sekumpulan pemancing ini kerana menyelamatkan seekor anak kucing yang hampir lemas di bawah Jambatan Pulau Pinang semalam. "Sapalah makhluk yg buang kucing ke bawah jambatan Pulau Pinang. Namun umurnya masih panjang bila sahabat saya bersama anaknya berjaya menyelamatkan kucing tersebut pagi tadi" (Foto-Foto di ruangan komen) Baharudin sue

Posted by Penang Kini on Saturday, November 30, 2019