Pasir Mas masih banjir!

Keadaan terkini pekan Rantau Panjang yang dikongsi orang ramai menerusi laman sosial Facebook.
Keadaan terkini pekan Rantau Panjang yang dikongsi orang ramai menerusi laman sosial Facebook.
A
A
A

PASIR MAS - Seramai 3,231 mangsa banjir dari 970 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh jajahan Pasir Mas sejak semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata, kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di 18 PPS termasuklah di kawasan Rantau Panjang.

“Setakat jam 7.50 pagi tadi, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, Rantau Panjang menempatkan mangsa paling ramai iaitu 721 orang,” katanya.

Menurutnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati pula menempatkan 645 mangsa membabitkan 154 keluarga.

Katanya, APM bersama agensi penyelamat yang lain sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

Sementara itu, portal publicinfobanjir.gov.my setakat jam 8.14 pagi tadi menunjukkan paras air Sungai Golok berada pada kedudukan bahaya iaitu 10.42 meter melebihi tahap normal iaitu lima meter.

Keadaan air Sungai Golok yang melimpahi di kedua belah negara. - Foto ihsan pembaca
Keadaan air Sungai Golok yang melimpahi di kedua belah negara. - Foto ihsan pembaca

Artikel Berkaitan: