Treler terbalik, Lebuhraya KL-Karak sesak

Foto yang tular di media sosial Facebook.
Foto yang tular di media sosial Facebook.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah treler terbalik di Kilometer 27.9 menyebabkan laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala Plaza Tol Gombak di sini mengalami kesesakan lebih 5km hari ini.

Berdasarkan Info Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM Info Trafik), kemalangan jam 3.53 pagi apabila treler terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik dan menutupi laluan tiga lorong lebuh raya itu.

Katanya, lorong kiri dan tengah laluan berkenaan dibuka kepada lalu lintas pada jam 8 pagi tadi selepas sebahagian tumpahan dibersihkan dan sebahagian badan treler dialihkan.

"Hanya dua lorong sahaja dibuka menghala ke arah Plaza Tol Gombak membabitkan lorong paling kiri dan tengah

"Lorong paling kanan masih terhalang menyebabkan trafik bergerak perlahan dan kerja pembersihan kawasan itu masih berjalan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Difahamkan, pemandu treler terbabit cedera dan diberikan rawatan oleh paramedik di lokasi berkenaan.

Artikel Berkaitan: