X

Kindly register in order to view this article
!

610 mangsa banjir dipindah di Kuala Krai

Keadaan banjir di sebuah kawasan di Kuala Krai.
A
A

KUALA KRAI - Sebanyak 15 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kuala Krai mulai petang semalam bagi menempatkan 610 mangsa banjir.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, seramai 145 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chenulang, Kemas Kuala Pertang, SK Sungai Pas, SK Temalir, SK Sungai Embak dan Masjid Chuchoh Puteri A.

Sembilan lagi PPS adalah Balairaya Kampung Mia, Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai, SK Yuk Chai, SK Banggol Guchil, SK Sungai Sok, Pusat Komuniti Chuchoh Puteri A, Madrasah Chuchoh Puteri A dan SK Bedal.

"Cuaca ketika kini hujan renyai-renyai dan pemantauan akan diteruskan bagi memastikan keselamatan penduduk yang terkesan. Penduduk juga dinasihatkan lebih berwaspada dan peka dengan paras air di kawasan berhampiran," katanya.

Petang semalam, Sinar Harian melaporkan beberapa perkampungan di Kuala Krai dinaiki air secara mendadak iaitu di Kampung Chuchoh Puteri, Kampung Sungai Sok, Kampung Mengkebang, Kampung Chenulang dan Kampung Manek Urai.