Tiga lagi daerah dilanda banjir di Terengganu

Operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Bukit Kuang dan Kampung Pekan Wakaf Tapai, Marang. - Foto Ihsan Angkatan Pertahanan Awam (APM)
Operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Bukit Kuang dan Kampung Pekan Wakaf Tapai, Marang. - Foto Ihsan Angkatan Pertahanan Awam (APM)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Tiga lagi daerah di negeri ini dinaiki air iaitu Marang, Kuala Nerus dan Kemaman bermula petang semalam hingga malam tadi.

Ia menjadikan jumlah mangsa banjir di Terengganu bertambah secara mendadak kepada 5,807 orang di 121 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan tujuh daerah di negeri ini.

Sehingga jam 7 pagi tadi, Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencatatkan seramai 1,787 mangsa di 45 PPS di Besut sekali gus menjadikan daerah itu paling ramai mangsa banjir.

Hulu Terengganu pula mencatatkan seramai 1,751 mangsa di 33 PPS diikuti Setiu dengan seramai 1,691 mangsa banjir di 28 PPS dan Dungun seramai 343 mangsa di lapan buah PPS.

Antara mangsa banjir di PPS Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu.
Antara mangsa banjir di PPS Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu.

Tiga lagi daerah baharu yang dilanda banjir iaitu Kemaman melibatkan seramai 148 mangsa, Marang (71) dan Kuala Nerus (16).

Bencana banjir yang melanda turut melibatkan kanak-kanak dan bayi yang terpaksa dipindahkan ke PPS.

Setakat ini seramai 121 bayi terdiri daripada 61 lelaki dan 59 perempuan menjadi mangsa banjir di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, terdapat seramai 2,099 kanak-kanak lelaki dan 840 kanak-kanak perempuan yang terpaksa dipindahkan akibat bencana itu.