Sewa PPj naik sampai tak bernafas...

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan didakwa menaikkan kadar sewa kuarters Perbadanan Putrajaya (PPj) sekali ganda sehingga RM800 sebulan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kenaikan tersebut sepatutnya dilakukan sedikit demi sedikit.

No Image Caption

“Sewa kuarters untuk pekerja syarikat kerajaan PPj di Putrajaya ini digandakan daripada RM400 kepada RM800 sebulan oleh kerajaan PH.

“Penyewa kuarters di situ juga adalah penjawat awam dan pekerja kerajaan. Kalau betul-betul perlu dinaikkan, naikkanlah sedikit demi sedkiti. Jangan digandakan serta-merta macam ini sehingga tidak dapat bernafas,” katanya di Facebook, hari ini.

Menurutnya, kuarters PPj itu milik penuh kerajaan yang turut bertanggungjawab dalam mengawal selia.

Beliau turut berkongsi notis makluman kenaikan sewaan kuaters di Presint 11 itu.

Dalam notis bertarikh 31 Disember 2018 itu, kadar sewa sejak tahun 2007 antara RM400 hingga RM500 seunit tidak pernah berubah.

Artikel Berkaitan:

Kadar baharu akan dikenakan setelah kontrak sedia ada tamat antara RM600 hingga RM800 seunit.