Mayat reput tanpa kepala terdampar di pantai

Kedudukan mayat ketika ditemui di pantai Kampung Pasir Putih, Merchang petang tadi
Kedudukan mayat ketika ditemui di pantai Kampung Pasir Putih, Merchang petang tadi
A
A
A

MARANG - Penduduk di Kampung Pasir Putih, Merchang digemparkan dengan penemuan mayat reput tanpa kepala ditemui terdampar di pesisir pantai di sini petang tadi.

Mayat dipercayai seorang lelaki tanpa kepala itu juga dijumpai dalam keadaan tiada kedua belah tangan dan kedua pergelangan kaki.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, mayat itu ditemui jam 3.30 petang oleh penduduk kampung itu sebelum melaporkan kepada polis.

"Kita menganggarkan mangsa meninggal dunia dalam tempoh masa 10 hingga 15 hari sebelum dihanyutkan ombak ke pantai.

"Setakat ini, identiti mayat itu tidak ditemui dan hasil siasatan pihak polis juga tidak menemui sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, mayat itu dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.

Mohd Zain berkata, pihak polis meminta kerjasama orang ramai bagi menyalurkan maklumat mengenai mayat tersebut.

"Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di talian 09-6182222," katanya.

Artikel Berkaitan: