Terkejut bawa balik bom

Dua butir bom yang ditemui berhampiran kolam memancing di Krubong.
Dua butir bom yang ditemui berhampiran kolam memancing di Krubong.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Dua pemuda tidak menyangka objek yang ditemui mereka ketika memancing di sebuah kolam di Krubong adalah bom mortar.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, mereka menemui dua butir bom terbabit kira-kira jam 6 petang dalam keadaan separuh terbenam di dalam tanah.

Menurutnya, seorang daripada mereka membawa pulang bom berkenaan ke rumahnya di Batu Berendam sebelum menghubungi polis kira-kira jam jam 7.05 petang.

"Unit Pemusnah Bom (UPB) telah pergi ke rumah pengadu dan menganalisa objek terbabit sebelum mendapati ia adalah bom mortar yang tidak lagi aktif," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kedua-dua butir bom itu kemudian dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Beruang untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: