X

Kindly register in order to view this article
!

Kekalahan di Tanjung Piai tidak wajar dijadikan ukuran prestasi

Sahruddin pada sidang DUN Johor hari ini.
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini tidak sewajarnya dijadikan ukuran kepada prestasi semasa pentadbiran kerajaan negeri sebaliknya dinilai secara adil dan matang.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Saharuddin Jamal berkata, kepimpinan kerajaan negeri lebih terbuka menerima sebarang kritikan termasuk daripada pembangkang, namun kritikan yang mahu menunjukkan kelemahan dan kekurangan kerajaan adalah tidak wajar.

"Memang tidak wajar jika berterusan mengkritik di pelbagai medium tanpa mengetengahkan sebarang cadangan atau pandangan yang boleh membantu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan (Belanjawan 2020) penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Johor ke-14 di Kota Iskandar di sini hari ini.

Sahrudddin (Bersatu-Bukit Kepong) menjelaskan Belanjawan Johor 2020 kali ini bertitik tolak kepada usaha untuk membangunkan Johor ke tahap Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari.

"Johor pada masa kini semakin makmur dan mandiri selain menunjukkan prestasi pembangunan yang pesat, seimbang, lestari dan inklusif.

"Oleh itu, Belanjawan Johor 2020 dijangka terus mengalami lebihan atau surplus berpunca daripada dasar fiskal negeri yang berkesan dengan pelaksanaan perbelanjaan berhemah dan berintegriti selain pengurusan cekap atas hasil mampan," katanya.

PRK Tanjung Piai pada 16 November lalu menyaksikan PH yang diwakilli calonnya Karmaine Sardini kalah dengan majoriti undi 15,086 undi kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wee Jeck Seng.