Pasir Puteh dilanda banjir

Anggota penyelamat berganding bahu menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Gong Keding.
Anggota penyelamat berganding bahu menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Gong Keding.
A
A
A

PASIR PUTEH - Keadaan hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan kira-kira 16 buah kampung di jajahan Pasir Puteh ditenggelami banjir sedalam hampir 2 meter.

Kampung terlibat ialah Daram Buaya, Batu Hitam, Saring, Kelubi, Tok Kundur, Gong Keding, Gong Cokoh, Gong Pasir, Gong Tengah, Panggung Tiga Daerah, Seligi, Padang Pak Amat, Tok Sudin, Kampung Baru dan Bukit Gedombak.

Menurut portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 4.20 petang tadi, sebanyak enam buah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di jajahan itu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2, Canggai, Sungai Petai, Wakaf Raja dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Kamil 1 serta Kompleks Dewan Kamil.

Anggota bomba dari Balai Bomba Pasir Mas menyelamatkan kanak-kanak untuk dibawa ke PPS.
Anggota bomba dari Balai Bomba Pasir Mas menyelamatkan kanak-kanak untuk dibawa ke PPS.

Seramai 474 mangsa daripada 129 keluarga telah dipindahkan ke PPS ekoran limpahan air akibat hujan lebat.

SRK Kamil 1 menempatkan mangsa banjir paling ramai di jajahan ini membabitkan 172 mangsa.

Artikel Berkaitan:

Anggota penyelamat memberikan nasihat kepada penduduk supaya berpindah awal.
Anggota penyelamat memberikan nasihat kepada penduduk supaya berpindah awal.

Tinjauan Sinar Harian mendapati anggota pasukan penyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) menjalankan tugas menyelamat sebaik mungkin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim.

Anggota PDRM dan APMM saling berganding bahu menyelamatkan seorang warga emas.
Anggota PDRM dan APMM saling berganding bahu menyelamatkan seorang warga emas.

Sementara itu, rakyat yang tinggal di kawasan rendah di jajahan ini perlu peka dengan setiap arahan dikeluarkan pihak berkuasa terutama arahan berpindah bagi memastikan operasi memindah mangsa banjir oleh pasukan penyelamat berjalan lancar.

Anggota penyelamat dan Wan Hassan (dua dari kanan) menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Gong Cokoh.
Anggota penyelamat dan Wan Hassan (dua dari kanan) menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Gong Cokoh.