Scammer ‘pau’ duit di RnR

Tangkapan layar video yang memaparkan @lisaa_aa98 dan rakan-rakannya dikepung oleh sekumpulan yang dipercayai scammer.
Tangkapan layar video yang memaparkan @lisaa_aa98 dan rakan-rakannya dikepung oleh sekumpulan yang dipercayai scammer.
A
A
A

NILAI – Video yang memaparkan beberapa wanita yang ditahan oleh sekumpulan lelaki dipercayai scammer di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Nilai Utara menerima pelbagai reaksi daripada warga maya.

Detik kejadian itu dimuat naik seorang mangsa di Twitternya yang berkongsi bagaimana penjenayah mula menjadikan mereka sebagai mangsa penipuan.

@lisaa_aa98 memberitahu, kejadian berlaku ketika mereka memberhentikan kereta di RnR tersebut bagi memeriksa kenderaannya yang mengalami gegaran ketika dipandu di lebuh raya.

Mereka didatangi seorang lelaki bertanya mengenai masalah yang dihadapi.

Tulisnya, lelaki berkenaan meminta izin memeriksa kenderaannya dan kemudian membuang 'sesuatu' sebelum mengisi air.

"Dah selesai kami cuma berbudi bahasa tanya, pak cik berapa ini? Dan berharap dia akan cakap eh pak cik tolong sahaja dan dia minta RM150 daripada RM200.

“Kami nak bayar RM50, dia tak nak. Kami cakap kami semua pelajar lagi memang kitorang tiada duit tunai masa itu dia suruh kami transfer duit ke dia. Selagi tak transfer, mereka tahan kitorang tak bagi kami balik,” tulisnya.

Lelaki tersebut enggan menerima jumlah yang ditawarkan dan meminta wanita itu memindahkan wang secara atas talian sebelum memanggil rakan-rakannya untuk mengepung kereta tersebut.

Artikel Berkaitan:

Antara reaksi netizen menzahirkan kesyukuran mereka dalam keadaan selamat selepas kedatangan pihak polis dan ada di antara netizen juga berkongsi pengalaman yang sama
Antara reaksi netizen menzahirkan kesyukuran mereka dalam keadaan selamat selepas kedatangan pihak polis dan ada di antara netizen juga berkongsi pengalaman yang sama

Bimbang dengan keadaan itu, adik wanita berkenaan menghubungi pihak polis secara senyap-senyap.

Selang beberapa ketika, polis tiba di tempat kejadian dan difahamkan lelaki terbabit telah ditahan manakala rakannya melarikan diri.

“Pak cik itu kena tahan. Kawan dia dah belah sebelum polis tahan. Selepas itu, abang polis suruh kami balik. Kami tak tahu apa jdi dekat pakcik tu. Oh ya. Pak cik itu umur dia 46 tahun,” tulisnya.

Perkongsian @lisaa_aa98 kini tular di media sosial yang meraih 513,300 tontonan, 26,700 ulang kicau dan rata-rata netizen bimbang keselamatan wanita tersebut.

Ada di antara netizen juga berkongsi pengalaman mereka yang pernah mengalami situasi sama.

“Pernah kena situasi yang berbeza. Tengah isi minyak ada dua India tiba-tiba datang tanya pasal kereta. Cakap kereta tak bayar tiga bulan padahal member dah habis bayar Myvi itu. Dia tunjuk surat tapi tak sempat nak tengok dia lipat terus nak ambil kunci. Terus member aku tengking aku beli tunai lah bodoh, terdiam dan belah terus India itu,” tulis @GengRebel di Twitter.

@mfahm1y pula memberitahu, “Kami pernah kena dekat Ladang Bikam. Rupanya diorang buang air radiator dekat rnr sebelum itu, diorang tau lepas rnr tu cuma ada hentian sebelah ladang bikam. Kitorang tengok air radiator kering, isi air pon tak jadi apa."